HomeSukanJohan Kamal Sahkan Sudah Terima Jemputan Meja Bulat

Johan Kamal Sahkan Sudah Terima Jemputan Meja Bulat

CEO Selangor FC, Dr. Johan Kamal Hamidon mengesahkan Malaysia Football League (MFL) sudahpun menghantar jemputan kepada semua kelab untuk menyertai perbincangan meja bulat yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Memetik laporan BH Sukan, Johan Kamal berkata, pertemuan membabitkan semua CEO kelab Liga Malaysia itu akan diadakan pada minggu hadapan dengan tujuan utama adalah untuk berkongsi pandangan dan cadangan menyelesaikan masalah kewangan membelenggu kelab-kelab Liga-M yang semakin membimbangkan.

“Kita harap kita dapat berada di sana dan berkongsi beberapa pandangan dan idea mengenai apa yang boleh dilakukan untuk menjadikan liga kita bertambah baik dan diperbaiki tahun untuk tahun depan,” kata Johan.

Sebelum ini, cadangan mengadakan perbincangan meja bulat yang dicetuskan oleh Johan Kamal mendapat sokongan pelbagai pihak termasuklah kelab-kelab Liga-M seperti Negeri Sembilan, Penang, Terengganu, Sabah dan Kuching City manakala JDT pula menunjukkan minat mahu mengetahui apa solusi yang bakal dibentangkan.

Ia bagaimanapun tidak terlepas daripada mencetus polemik hangat apabila ditentang oleh beberapa individu yang gagal dalam arena bolasepak Malaysia antaranya Kevin Ramalingam (bekas CEO MFL) dan Datuk Yusoff Mahadi (bekas pemangku Presiden FAM).

Mereka seolah-olah tidak mahu perbincangan itu direalisasikan, malah menuduh Johan Kamal mempunyai agenda lain dan bukannya demi kelangsungan ekosistem bolasepak tanah air.

Kevin menyatakan idea meja bulat ini sebagai hipokrit manakala Yusoff pula bertanya kenapa baru sekarang Johan bersuara selain menganggap ia mencari publisiti murahan dan boleh mencetuskan perpecahan.

RELATED ARTICLES

Most Popular