HomeSukan"Tak Nampak Kenapa Hukuman Boleh Dikurangkan"

“Tak Nampak Kenapa Hukuman Boleh Dikurangkan”

Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS) dijangka akan mengumumkan keputusan yang ditunggu-tunggu seluruh penyokong bolasepak tanah air dalam masa terdekat. Boleh jadi minggu ini, atau paling lewat minggu depan.

Kalau mengikut kata CEO skuad kebangsaan, Rob Friend, beliau yakin hujah yang mantap telah dikemukakan kepada CAS dan optimis berita gembira akan menyusul.

Sudah tentu Rob Friend akan berkata demikian, dia tidak boleh bersikap negatif, takkanlah dia nak mengatakan “saya tak yakin kita boleh menang” – berasa yakin itu adalah kemenangan psikologi.

Namun, realitinya, hampir semua pemerhati dan pengkritik bolasepak tanah air berpendapat sukar untuk keputusan CAS memihak kepada Malaysia.

Peguam sukan, Nik Erman Nik Roseli berkata, beliau lebih cenderung ingin mengetahui apakah hujah yang dikemukakan peguam FAM dalam merayu penggurangan hukuman kepada tujuh pemain yang terbabit

“Sebagai seorang peguam, adalah penting untuk saya mengetahui apakah yang telah dihujahkan oleh peguam FAM dan pemain, serta kenapa panel menerima atau menolak hujahan itu. Saya tidak nampak mengapa hukuman — minima 12 bulan penggantungan — boleh dikurangkan dan CAS mungkin lihat dari sudut lain.

“Dapatan dokumen itu palsu (jadi) jika dikekalkan, mereka boleh terus bermain di peringkat kelab tetapi mereka tidak layak bermain untuk Malaysia jika hukuman dikurangkan sekalipun,” katanya.

Turut bernada sama, peguam undang-undang sukan, Syed Nur Aiman Syed Abdul Hamid, yang menyifatkan ia hanya soal tempoh masa, namun realitinya peluang teramat tipis untuk melihat keputusan berpihak kepada FAM.

Tegasnya, berkemungkinan sinar untuk tujuh pemain terbabit masih ada dengan pengurangan hukuman atau denda, namun namun bukan buat FAM.

“Posisi Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) ialah Artikel 22 itu jelas. Terdapat pengakuan sewaktu siasatan seperti di peringkat rayuan di mana kenyataan pemain tidak begitu meyakinkan.

“Oleh itu, ada niat atau tidak, pemain akan terus didapati bersalah. Ia akan memusnahkan harapan mereka untuk berjaya di CAS. Peluang sangat tipis ibarat 99 peratus. Kerana ada pengakuan itu,” katanya di Nadi Weekend.

Manakala Ahli Perniagaan yang juga bekas Ketua Pemasaran FAM, Sayf Ismail pula berkata: “Sambil menunggu (keputusan CAS) kita harus ingat kes di CAS ini hanyalah untuk mohon batal/ringankan hukuman untuk tujuh pemain dan FAM.

“Pemalsuan dokumen dan penipuan tetap berlaku. Apapun keputusan, tujuh pemain ini sah tiada pertalian darah dengan Malaysia. Mana jatidiri kita?”

RELATED ARTICLES

Most Popular